si muka pendek bergigi besi.

ahmad adib tunggu dalam kereta, aku masuk rumah amik duit nak pergi subwayyy. yaaa tuan tuan makanan kegemaran mmg subway. pn norsham pesan untuk membeli kuchai, taugeh. nak buat cucur udang katanya.

memandangkan telefon bimbit canggih sonieriksen pinjaman aku battery mati. aku tukar simcard pakai telefon bimbit nokia biru aku tak suka nokia ni kepunyaan ahmad adib. aku nak telefon pn norsham nak tanya pasal koitiau yang dipesan.

10 minit sebelum aku menukar simcard ke telefon bimbit nokia biru aku tak suka nokia ni kepunyaan ahmad adib. pn norsham telefon ahmad adib dan menyuruh kami beradik membeli koytiau tanpa bercakap detail dengan aku sebab aku tengah drive.

'kak, mama suruh beli koitau'

aku dah pelik. kata nak buat cucur udang. apahal pn norsham nafsu makan melonjak sana.

'haa?? mama kata nak masak cucoq? mama nak koitiau dah masak ka koitiau belum masak yang putih tu?

'koitiau goreng laa, hang nak buat apa dengan koitiau belum masak. ishh bodoh'

'tapi...... mama kata dia nak masak cucoq apa banyak sangat dia nak makan, pi telefon mama tanya btoi'

'tadak credit hihihi'


tuan2 kalau ada adik macamni silaa la humban masuk gaung genting highlands kota keriangan



selepas tukar simcard aku terus call pn norsham.

'mama nak koitiau belum masak ka koitiau goreng'

'belum masaklaaaaa. goreng buat apaaa!!' kena tengking sikit.

'haa adib kata mama nak koitiau goreng, tu i dah pelik mama suruh beli kuchai, semua pastu.......

*suara ahmad adibb potongg.

ooohh mama nak koitiau kuchai. adib tau koitiau kuchai tuu.kat ss5.
(dengan nada suara confident, riak muka yang confident gigi yang confident)
aku rasa nak tibai ja.siap panggil aku bodoh.

KOITIAU KUCHAI KAT MANAA SETAN???

tuan tuan dan puan puan.
selama 22 tahun saya menginap di kelana jaya. tak pernah wujudnya koitiau kuchai. kalau kelana jaya ada tempat nama kuchai lama mungkin wujud koitiau kuchai.

mungkin ahmad adib telah mengalami mimpi basahnya yang pertama.