buang anak.

en rosli masuk dapur potong kek batik sarawak satu keping kemudian dipotong setengah.

en rosli : nah amik half ni.

pipirosl : tanakk.

en rosli : amik laa, sikit je ni.

pipirosl : bapak makan laa, dah potong makan la.

en rosli : tanak banyak nii. amik laa. i insist.

pipirosl : i dont want! makan laa. tak sedap.

en rosli : amik kalau tak bapak buang anak.

-_-'

lagi setengah diberi kepada ahmad adib.

amboi, confidentnya

aku dengan salmah pergi shah alam menaiki kereta en rosli yang memakan minyak seperti anjing kelaparan yang hanya tinggal hanya 1 bar dan lampu blink mengatakan ia haus dan memerlukan tenaga yang cukup untuk sampai shah alam. jadi aku isi 10 ringgit. ingat kelisa keeww? aku isi rm10 sebab aku tahu bar akan naik sampai 3 dan lampu takkan blink2 mengatakan ia haus.
bagi aku, kalau lampu tak blink2 maknanya aku akan selamat sampai rumah dengan hati gembira, kenyang dan tidak risau.

dengan hanya berbekalkan 3 bar of minyak, aku dengan salmah sampai shah alam jumpa ika. lepak 1 setengah jam lepas tu pulang ke kj. sampai saja shah alam bar dah tinggal 2, lampu dah mula blinking. aku buat rilek ayam. dengan hati yang confident, mmg boleh sampai kj.
sampai tol batu tiga, bar tinggal satu. salmah sibok beriphone. anti social.
aku bawa kereta pecut bagai nak rak, salmah berpuluh kali menyuruh aku perlahan. aku tetap laju. salmah terpinga pinga kenapa aku perlu laju sedangkan kami tidak akan kemana2 selain rumah.

setibanya dekat traffic light western digital, aku berdoa supaya kami dapat sampai ke rumah dengan selamat, happy dan kenyang. tapiii nampknya doa aku tidak termakbul. kereta makan minyak bagaikan anjing kelaparan mati ditraffic light.
salmah dah panik. salmah tanya aku

'kau kenapa laju laju, kau ada kerja ke?'

'aku memang ada kerja tapi kerja aku boleh tunggu. aku takut kita tak sempat sampai rumah sebab minyak dah tinggal satu bar masa kat tol'

'laaaaaaaa asal tak isi minyak?? kau ingat kau bawak laju2 tuu cepat sampai rumah, tak makan minyak ke monyet? lagi kau pecut lagi la dia makan minyak'

'hihihi, aku ingat aku bawak laju2, cepat sampai rumah, kita boleh cheat kereta ni mati tengah jalan' (konon macam cheat death dalam final destination la konon)

salmah call boifren dia, aku tak pernah suka boifren dia,
collar naik atas, naik kereta swift hitam, pakai rayban, seluar jeans lusuh, kasut onitsuka yang dia rasa dia punya lagi cantik dari aku punya. watevahhh~~~ soo annoyingggg~~~~~
pakai blackberry torch, muscle ciput, muscle aku banyak lagi, yang paling penting sekali.
bulu kaki dia sikit dari aku (part ni aku jeles sikit) boifren dia datang ngan kawan dia yang jugak sepesen yang jugak bulu kaki dia sikit dari aku. boifren si salmah ni pilih kawan ikut quantity bulu di kaki ke apa. diorang bawak minyak yang berharga rm20. dan tidak langsung menyuruh aku bayar balik sebab gentlemann katakann. bagus2. part tak suruh aku bayar tu aku suka, tak kisah la bulu dia ciput dari aku.

aku tanak call pn norsham, aku bukan tanak call pn norsham, aku cuma tanak mulut dia melecer akibat berleter selama seminggu tanpa henti pasal benda yang sama. aku cuba untuk selamatkan pn norsham.

-bila minyak tinggal 2 bar atau satu bar ada lampu blink2. jangann bawak laju2. jangan fikir bila kita bawak laju2 sempat sampai rumah lepas tu tak akan ada masalah kereta mati tengah jalan lepastu kita hidup senang happy dan kenyang dirumah.
tidak tidak sama sekali. aku salah. aku salah

oh, happy birthday eight three, may Allah bless u with all the happiness in life. may u surrounded by happy and loving people. godbless.

tu tu tu tutuututuutu

aku rasa macam nak pegi mgmt semata2 nak joget lagu
kids ngan electric eel. pastu balik.

2 lagu tu je pun aku tahu. haha.

si muka pendek bergigi besi.

ahmad adib tunggu dalam kereta, aku masuk rumah amik duit nak pergi subwayyy. yaaa tuan tuan makanan kegemaran mmg subway. pn norsham pesan untuk membeli kuchai, taugeh. nak buat cucur udang katanya.

memandangkan telefon bimbit canggih sonieriksen pinjaman aku battery mati. aku tukar simcard pakai telefon bimbit nokia biru aku tak suka nokia ni kepunyaan ahmad adib. aku nak telefon pn norsham nak tanya pasal koitiau yang dipesan.

10 minit sebelum aku menukar simcard ke telefon bimbit nokia biru aku tak suka nokia ni kepunyaan ahmad adib. pn norsham telefon ahmad adib dan menyuruh kami beradik membeli koytiau tanpa bercakap detail dengan aku sebab aku tengah drive.

'kak, mama suruh beli koitau'

aku dah pelik. kata nak buat cucur udang. apahal pn norsham nafsu makan melonjak sana.

'haa?? mama kata nak masak cucoq? mama nak koitiau dah masak ka koitiau belum masak yang putih tu?

'koitiau goreng laa, hang nak buat apa dengan koitiau belum masak. ishh bodoh'

'tapi...... mama kata dia nak masak cucoq apa banyak sangat dia nak makan, pi telefon mama tanya btoi'

'tadak credit hihihi'


tuan2 kalau ada adik macamni silaa la humban masuk gaung genting highlands kota keriangan



selepas tukar simcard aku terus call pn norsham.

'mama nak koitiau belum masak ka koitiau goreng'

'belum masaklaaaaa. goreng buat apaaa!!' kena tengking sikit.

'haa adib kata mama nak koitiau goreng, tu i dah pelik mama suruh beli kuchai, semua pastu.......

*suara ahmad adibb potongg.

ooohh mama nak koitiau kuchai. adib tau koitiau kuchai tuu.kat ss5.
(dengan nada suara confident, riak muka yang confident gigi yang confident)
aku rasa nak tibai ja.siap panggil aku bodoh.

KOITIAU KUCHAI KAT MANAA SETAN???

tuan tuan dan puan puan.
selama 22 tahun saya menginap di kelana jaya. tak pernah wujudnya koitiau kuchai. kalau kelana jaya ada tempat nama kuchai lama mungkin wujud koitiau kuchai.

mungkin ahmad adib telah mengalami mimpi basahnya yang pertama.

tutututututututuuuuuuu

tu tu tu tu tu tuuu
teka la lagi apa ni. tekaaa.

fb kena flagged. terima kasih bebanyak. laptop masalah. terima kasih bebanyaklaa. kerja2 yang mengunung tu tengah seronok bergembira macam manusia2 dahaga air air coke kat changkat sebab kau bermasalah laptop.
cuba laa sayang sikit kat pipi rosli. jadi elok balik. ni tak. sikit2 masalah. sikit2 masalah.
kau ni laptop dengan orang2 bermasalah yang keliling aku sama. repair macammana pun tak ubah. masalah tak habis.

telefon bimbit rosak masuk air langsung tak ingt dunia, dia ingat dia mandi swimming pool ke. aku takut nak mintak baru kat en rosli sebab aku tahu en rosli nanti pandang tajam lepas tu dia blah. apa motif pandang tajam kalau tak berkata apa apa? haaaa motif dia adalah. pandangan tajam telah mengeluarkan kata kata yang hanya aku saja faham dan tahu dan gerun. jadi untuk elakkan hati aku terguris, aku diam diri layan kan saja diri yang tidak mempunyai hp sendiri. terima kasih.

aircond tahun 199??? aku tak ingat. rosak. aku bangun pagi bunyi air jatuh tik tik tik atas kertas muzik aku. bunyi tik tik terlalu kuat sehingga aku terjaga. kecoh time jatuh atas music sheets la nak bnyi2 time aku tidur. jatuh atas buku masakan asal tak bunyi kuali masak koitiau?? aku tidur hall depan tv tiga malam. sejuk. en rosli berhati perut dengan menganti aircond baru setelah melihat anak daranya terpaksa berbilikan ruang tamu. boleh dikatakan masa tu first time aku ada depan tv dalam satu jangka masa yang agak lama. eh lupa, bilik aku ada fan, tapi angin boleh satu tempat je.

kesimpulan,
apa aku ada semua akan rosak secara tersirat dari dulu. adakah aku terkena sumpahan alice in the wonderland?

sept.

september 2011.
i will and i must.




amaran

amaran 1#

jangan tinggal telefon bimbit merata tempat. kalau boleh beli tempat gantung yaang macam gantung spek mata tu. anda gantung telefon bimbit. walaupun hp anda rm80.

amaran 2#

jangan bila pergi membeli belah. pegang baju tinggal telefon bimbit atas rak rak baju dalam kedai tu. jangan jadi terlalu baik hati dengan meletakkan telefon bimbit disebelah lelaki berambut kuniing mempunyai ekor merah dan kasut timberland uptown/downtown/danau kota.

amaran 3#

jangan letak telefon bimbit disipi meja. kalau pergi murni, orang2 tu bawak makanan macamla diorang amik course waitress/waiter kat university. masuk U pun tak. sekali tangan ada 5 pinggan makanan. kalau tumpah atas telefon bimbit camna? haa tu la gatai letak tepii meja. mak dah kata siimpan dalam bag. bukan kau sorang ada hp, makcik cleaner unisel pun ada jugak.
kalau hp rm80 tak apa. cubalah kalau iphone ke bb ke? haaa cane nakk online fb 24 jam kalau rosak?

amaran 4#

jangan sesekali abaikan telefon bimbit anda. sebab bila anda nak bangun pagi mak tak ada nak kejut, kakak tak ada nak menjerit tarik selimut, abang tak ada nak ketuk kepala sampai amnesia, adik tak ada sepak2 kaki, kucing tak ada cakar2 muka suruh bangun. siapa yang kejut kan????? telefon bimbit jugak kan? kalau ada alarm clock tu hmm tak apa.additional.

amaran 5#

jangannnnnnnnnnnn bawak telefon ke tempat ada air. please please jangannn.



2009 tasik telan handphone nokia pinjam.
2011 baldi dalam tandas telan handphone nokia cikai.
2009 aku mencari2 hp untuk ganti hp yang jatuh dalam tasik sebab apa? sebab time tu tengah hangat asmaradana nak on da way ada boifren
2011 aku tak cari aku malas sebab
setiap hari hp bawah katil bila checkk tengah malam tak ada beza pun.
akan ada 4 misscall - en.rosli
2 msg mengatakan 'where are u?' - en rosli
10 msg dari nombor 62000, 39988, hotlink, nokia, pundek.