kadang kadang aku duduk termenung fikir. kalau aku cantik macam juliana evans ala2 matsalleh, kalau aku cantik macam lana lang ala2 matsalleh tapi mata sepet, kalau aku cantik macam dania danielle ala2 matsalleh tapi aku tak berapa minat sangat. kalau aku cantik macam minah melayu muka ala2 jepun comel aku kena tinggal tak? lah nak selit jugak.hahahha.alllaaa senang cita kalau aku cantikk macam norfarahanum ala2 arab+indon+melayu+cina+kuantan(ni pekat) apa rasaanyaa kan.
adakah bila aku jalan je dicafe unisel, ataupun mall2 ataupun di pasarmalam orang2 akang melihat aku dan hati mereka berbisik kepada diri mereka, 'eh cantiknya minah ni, manis' pastu mata asyik nak pandang aku je. ataupun, wanita2 hotpants atau adik2 yang merasakan diorang manis akan berkata pada diri mereka. 'aku rasa aku lagi cantik' padahal kawan2 atau kaum keluarga ataupun orang sekeliling dia tak ada pun cakap kat diorang weh aku rasa minah tu cantik la dari kau. konflik dalaman namanya tu. tak puas hati dengan orang secara tiba2.macam kucing tak puas hati dengan tikus. padahal tikus tu tak ada pula menganjing dia. kecuali jerry dalam tom and jerry.
kenapa manusia kena ada rasa tak puas hati dengan orang, sedangkan dia sendiri tak kenal orang tuh. dia tak pernah bercakap, berjabat tangan, berlaga pipi, berlaga buah dada tapi bercakap belakang tentang orang tuh. apa motif? otak jangan sempit sangat. aku boleh tahu kalau otak sempit mesti ada ruang kosong lagi kan? isi la dengan benda2 positive jangan la menyusahkan diri dengan benda2 negative. sedangkang tora, dindang, jojo pun isi kotak mereka yang sempit dengan mainan2 yang boleh menghayalkan budak2 kecik.
tapi aku bila nampak farahanum buat kali pertama. hati aku tak ada pula bisik kat aku cantik perempuan ni. tapi bila aku nampak shela ridzuan. hati aku cakap. kenapa dia suka buat sanggul siput.
macammana rupa aku kalau aku pakai dress dengan kasut tumit tinggi dengan eyeliner dimata. mungkin orang akan pandang aku macammana orang akan pandang farahanum? mungkin dan mungkin aku akan mendapat sambutan bunyi tikus dari lelaki2.hmm mungkin. lagi 5 tahun aku akan cuba buat eksperimen ni. aku akan tambahkan koleksi gambar aku dengan gambar yang menunjukkan bahawa aku ni cantik hanya dengan memuncungkan mulut.dan berbulu mata rozita che wan campur ifa radziah campur ikim hassan.
apa agaknya rasa cakap tak henti macam irma haji ramle?tiba2 rindu dia walaupun rasa nak sepak bila dia cakap banyak.