amaran

amaran 1#

jangan tinggal telefon bimbit merata tempat. kalau boleh beli tempat gantung yaang macam gantung spek mata tu. anda gantung telefon bimbit. walaupun hp anda rm80.

amaran 2#

jangan bila pergi membeli belah. pegang baju tinggal telefon bimbit atas rak rak baju dalam kedai tu. jangan jadi terlalu baik hati dengan meletakkan telefon bimbit disebelah lelaki berambut kuniing mempunyai ekor merah dan kasut timberland uptown/downtown/danau kota.

amaran 3#

jangan letak telefon bimbit disipi meja. kalau pergi murni, orang2 tu bawak makanan macamla diorang amik course waitress/waiter kat university. masuk U pun tak. sekali tangan ada 5 pinggan makanan. kalau tumpah atas telefon bimbit camna? haa tu la gatai letak tepii meja. mak dah kata siimpan dalam bag. bukan kau sorang ada hp, makcik cleaner unisel pun ada jugak.
kalau hp rm80 tak apa. cubalah kalau iphone ke bb ke? haaa cane nakk online fb 24 jam kalau rosak?

amaran 4#

jangan sesekali abaikan telefon bimbit anda. sebab bila anda nak bangun pagi mak tak ada nak kejut, kakak tak ada nak menjerit tarik selimut, abang tak ada nak ketuk kepala sampai amnesia, adik tak ada sepak2 kaki, kucing tak ada cakar2 muka suruh bangun. siapa yang kejut kan????? telefon bimbit jugak kan? kalau ada alarm clock tu hmm tak apa.additional.

amaran 5#

jangannnnnnnnnnnn bawak telefon ke tempat ada air. please please jangannn.



2009 tasik telan handphone nokia pinjam.
2011 baldi dalam tandas telan handphone nokia cikai.
2009 aku mencari2 hp untuk ganti hp yang jatuh dalam tasik sebab apa? sebab time tu tengah hangat asmaradana nak on da way ada boifren
2011 aku tak cari aku malas sebab
setiap hari hp bawah katil bila checkk tengah malam tak ada beza pun.
akan ada 4 misscall - en.rosli
2 msg mengatakan 'where are u?' - en rosli
10 msg dari nombor 62000, 39988, hotlink, nokia, pundek.

kalau

okay aku tak tipu.

aku nak ada sisters macam kadarshians


urbanisasi

dam di da di damm.


aku pergi dapur tengok pn norsham masak apa. aku tengok dia tengah duduk kat meja restaurant kat dapur isap rokok minum coffee. okay isap rokok tu tipu. saja la gimmick. aku tanya dia masak apa. dia pandang aku pandang2 ayam kata malas. cis! kadang2 aku rasa macam nak amik nigella express tu jadi mak angkat aku. jangan salah tafsir. pn norsham tetap nombor satu.

okay semenjak pn norsham kata dia tak masak (semenjak tu dalam english since, aku tanak masukkan perkataan omputih dalam ayat aku) aku fikir nak makan ikan bakar fendi ke subway.
ada dekat satu jam aku fikir, sebab sambil fikir aku layan 90210 kat star world. korang rasa aku pergi mana?
subway ke ikan bakar fendi. untuk menangi peti ais hantarkan jawapan ke 34002. macam impian ilyana kan? lama tak tgk.

okay aku amik kunci kereta aku pergi subway. macam orang kaya sikit.
subway tu dekat je ngan rumah aku, jadi tak perlula aku nak cantik2 bagai.alah kalau pegi mana pun bukan aku cantik mana pun. apa salahnya aku tak cantik pegi subway kan.
okay dah parking. kat luar subway ada budak2 urban lepak. budak2 urban ni apahal lepak subway. lepak la urbanway. macam biasa pakaian semua fashion2. kalau ada yang tak fashion2 pun, ternyata lebih cantik dari aku yang seluar pendek kotak2 yang aliff ingat boxer mo, dengan baju besar pipit aku dapat free kat urbanscape. free ke curi? tak ingat. eh aku bukan pencuri.

aku dapat nampak mata2 pandang aku dengan tajam. mungkin sebab aku selekeh atau pun rambut hijau aku sikit samar nampak. atas meja tak ada hp nokia/sonieriksen/simens/alcatel semua tak ada. semunnya bb/iphone. orang2 kaya. aku jalan masuk aku buat tatau. aku order la. seminit dua kemudia, salah satu ahli puak hp canggih datang beratur. berskirt pendek dan sorang lagi berpakaian vintage. berbau sangat wangi. kalau aku lelaki rasa macam nak amik bau dia simpan dalam bekas. balik rumah bau lagii. tapi aku bukan lelaki.
masa tengah beratur tu, gadis2 urbanisasi sembang pasal gemuk. semua tanak kalah yang dia lebih gemuk. pdahal kurus je. nak je aku masuk join cakap 'i lagi gemuk'
masa tu aku dah habis bayar. aku nak ambik air kat tepi. so gadis2 urbanisasi punya turn nak bayar. boleh diorang tanya cashier tu

' hmm, kalau minum ice lemon tea gemuk tak?'

cashier tu jawab.

' cuba call london weight management tanya. semuanya 24 ringgit 50 sen.' sambil senyum.

aku senyum kat cashier tu lalu keluar rasa nak suruh kawan budak urbanisasi tolong kawan diorang kat dalam. style la cashier tu jawab. nasib baik u bukan taste i. kalau tak i dah letak number phone kat machine air tu tawwww

ni semua hang punya pasai.

kenapa orang complain dia sakit? bila suruh pergi hospital. tak mahu/degil/bosan/kucing tak bagi/kucing tak ada pasir nak berak. macam2 alasan. tapi masih merungut sakit demam pengsan tak larat rasa nak tumbang dan etc. apa motif? motif? nak belas kasihan ke?
kalau satu kali 2 kali complain. boleh la kasi belas belas kasihan siap masuk nasihat pergi doctor makan ubat. tapi ni dah berpuluh kali complain nak belas kasihan apa lagi?

bila dah jumpa doctor, dapat tahu sakit. lepas tu takut. lepas tu tak nak mati
kenapa tak fikir masa dulu2 pasal mati. dah jumpa doctor baru takut mati. doctor tu paderi ke dia tahu mati bila. eh kenapa aku pakai paderi? haha.

tak tahu ke prevention is better than cure?
tak tahu ke? boh penampaq satgi baru tau.


menjengkelkan.

aku redha.

aku telah mengoffer makhluk tuhan paling seksi buat birthday party dia esok kat rumah aku, adah nama dia.
aku kesian bila dia tak dapat bday dia. tapi dia betul2 nak buat.
aku faham perasaan dia.so aku offer. tak apa. aku tak kisah
aku suka orang datang rumah aku yang kecil cili padi ni.

aku singgah ou beli barang while waiting for pn norsham. nampak tak ayat aku english berbaurkan bahasa melayu. baru la malaysian. okay pukul 5 pn norsham dah habis jumpa doctor aku pergi amik dia kat damansara specialist. lepas tu adah msg cakap dia dah ada kat lrt kj. mmg right timing la. pandai aku susun strategy. aku ambik pn norsham, ambik adah, pergi giant terus beli barang.
hantar adah balik jam tak ingat dunia. masuk la celah mana pun. kereta beratur kat traffic light. macam beratur tunggu giliran kat post office masa nak bayar saman. setan. banyak betul kereta.
aku rasa nak terbang sungguh. tolonglaaa satu hari nanti kita semua boleh terbang. maksud aku kereta. eh tapi kalau semua kereta boleh terbang. macammana nak buat traffic light kat awan? tak kann nak hire burung jadi polis trafik. ada kena tembak nanti.

lepas hantar adah, aku straight balik rumah. penat jam. lagipun datin khalilah ajak aku keluar dating dengan dato' hadri dan kekasih barunya.
sampai rumah aku lapar aku mintak pn norsham rebus brocolli ngan carrot. aku suka makan benda tu saja. sedap. serious aku tak tipu. aku dah nampak dah body aku akan slim dalam masa 3 bulan.

aku bagi suggestion kat pn norsham masa bday adah boleh buat fruit tart tak. pn norsham pandang tajam.

pn norsham : tak ada buah. takpa kita pakai longan ja la. okay la kan.

pipirasyikah: boleh laa, pipi nak custard tart tu ja pun. hihih.

pn norsham : haa hang nak custard tart tu ja? tart tart tart pantat hang la.
* aku saja buat pipirasyikah sebab nak bagi sama ngan pn norsham tu.nama i betul, annabelle.



apa salah pipi,mama?

bladi

aku lukis ni sebab aku nak hidup macam ni.terbang naik basikal?
siapa tanak?





ada makcik cina pakai spek.gigi agak rongak. tak apa. dia baik.
dia kata aku ada sakit liver. dia suruh tidur sebelum pukul 11.
itu satu percubaan yang susah.
apa kena mengena liver ngan tidur sebelum pukul 11?
ke puan norsham kasi duit kt dia ke kasi telur free yng organic kat giant selalu ada bau busuk cina selalu makan tu ke pn norsham nak support braces dia pastu suruh cakap kt aku tidur sebelum pukul 11?
hmmmm fishy fishyy

ku sangkakan buaya tetapi kucing.

aku bosan aku lukis kat photoshop.
aku budak drop out uitm. disebabkan aku tak berapa nak pandai macam budak2 uitm
aku quit.

baru harini aku kat rumah tak buat apa. sebab aku quit kerja jugak.
kisah aku ni kira macam america's next top model la camtuh.
model2 tu sanggup quit kerja, quit belajar semata2 nak masuk show tu.
pastu baru masuk 2 3 hari dah kena tendang.
kisah uitm aku lebih kurang macam tu lah.

pukul 5.30 pm, harini berapa haribulan? aku tak ingat. haha.
aku pergi kfc sebab pn norsham nak makan zinger burger.
dah siap order, abang tu suruh tunggu 10 minit. aku pun sanggup menunggu.
tiba2 ada la mamat ni masuk kfc. dengan tie merah, kemeja putih dan kasut kilat tajam dihadapan. telefon bimbit canggih blackberry ditangan kiri. muka melayu. handsome tak berapa. baru balik kerja agaknya. mungkin mempunyai isteri seorang yang tidak memakai tudung sedang tunggu didalam kereta ataupun dirumah. dan juga kelihatan seperti seorang yang mempunyai anak kecil berumur 4 tahun atau pun darjah 4. ini hanya sangkaan aku.

'hmm, prosperity burger dua take away ya'


sama ada lelaki tersebut buta warna tak reti bezakan kfc ngan mcd. ataupun dia tak pernah tengok tv. ataupun dia tak pernah makan prosperity selama dia hidup. ataupun dia terlalu penat membuat kerja di office sehingga tidak dapat membezakan kfc dengan mcd.

apadehal bangg. bb tu buat apa. google je la prosperity burger.

penat.

halau macammana pun mesti datang jugak.
aku dah penat.
kadang2 aku buat tatau.
tapi aku rimas.
aku biar. masih ada. tak hilang.
aku penat
oenat



lalat tolongla terbang jauh2.
bila aku halau tu. tolongla pergi terbang kat tempat lain
rimas tahu tak?
takkan sampai dalam bilik aku pun kau nak ikut
setan.
kalau kau comel aku boleh terima lagi

hai

i love u.











- 2010.