cacat

august 1st. 3.17 am. dah masuk 4 bulan. danggg.

apsal aku kena rindu orang yang buat aku sakit?
















setiap hari pulak tu . -_-'

lumrah lumrah

ada orang kata kat aku.
kalau ada relationship nanti. tolong appreciate orang tu. tunjuk dia yang kita sayang dia.
orang yang kata kat aku tuh, 3 minggu dia break ngan gf dia. dia dah ada girlfriend baru. masa dalam process dia nak break ngan gf dia. dia dah ada perempuan lain. kenapa dia tak cuba fix things up masalah dia ngan gf dia tapi dia pergi cari perempuan lain? kenapa? kenapa susah sangat nak cuba kalau kita dah sayang orang tuh? kenapa kena cari perempuan lain untuk menutupi hati yang kononnya luka? kenapa kena gembirakan hati dengan mencari orang lain untuk healkan hati yang konon luka?masalahnya luka sangat ke?
tapi yang lagi satu kau biar dia terkapai2? hati kau dah gembira. hati lagi satu kau biar terbuka luas luka dia.








siapa yang tak appreciate siapa sekarang?

*umum mukmininnn.

gagal dan bf baru.

aku gagal.

gagal. gagal. gagal.

selalu gagal!

argh.kegagalan aku ni membuatkan aku malas melakukan semua benda.

arghhhhh.

aku gagal bangun pukul 10.30 pagi. aku gagal.

aku bangun 2.45 petang.

demmit!

aku ada berita gembira.

aku ada boyfriend baru.

setiap kali aku bangun tido aku akan terus lihat telipon bimbit aku.

dan setiap kali aku lihat memang sah tak bukan lagi.

CELCOM

sangat prihatin celcom terhadap aku.

okay akan convert maxis balik.




okay aku rasa perils of their illustration and a few songs -homage to a shame telah menarik perhatian aku. first time. akan tetapi 7collar tetap dihati.

rollercoaster.

aku setiap hari naik rollercoaster. betul tak tipu.
emotion aku naik turun pusing terbalik macam cocksrew setiap hari.










seronok.

bisikan hati

kadang kadang aku duduk termenung fikir. kalau aku cantik macam juliana evans ala2 matsalleh, kalau aku cantik macam lana lang ala2 matsalleh tapi mata sepet, kalau aku cantik macam dania danielle ala2 matsalleh tapi aku tak berapa minat sangat. kalau aku cantik macam minah melayu muka ala2 jepun comel aku kena tinggal tak? lah nak selit jugak.hahahha.alllaaa senang cita kalau aku cantikk macam norfarahanum ala2 arab+indon+melayu+cina+kuantan(ni pekat) apa rasaanyaa kan.

adakah bila aku jalan je dicafe unisel, ataupun mall2 ataupun di pasarmalam orang2 akang melihat aku dan hati mereka berbisik kepada diri mereka, 'eh cantiknya minah ni, manis' pastu mata asyik nak pandang aku je. ataupun, wanita2 hotpants atau adik2 yang merasakan diorang manis akan berkata pada diri mereka. 'aku rasa aku lagi cantik' padahal kawan2 atau kaum keluarga ataupun orang sekeliling dia tak ada pun cakap kat diorang weh aku rasa minah tu cantik la dari kau. konflik dalaman namanya tu. tak puas hati dengan orang secara tiba2.macam kucing tak puas hati dengan tikus. padahal tikus tu tak ada pula menganjing dia. kecuali jerry dalam tom and jerry.

kenapa manusia kena ada rasa tak puas hati dengan orang, sedangkan dia sendiri tak kenal orang tuh. dia tak pernah bercakap, berjabat tangan, berlaga pipi, berlaga buah dada tapi bercakap belakang tentang orang tuh. apa motif? otak jangan sempit sangat. aku boleh tahu kalau otak sempit mesti ada ruang kosong lagi kan? isi la dengan benda2 positive jangan la menyusahkan diri dengan benda2 negative. sedangkang tora, dindang, jojo pun isi kotak mereka yang sempit dengan mainan2 yang boleh menghayalkan budak2 kecik.

tapi aku bila nampak farahanum buat kali pertama. hati aku tak ada pula bisik kat aku cantik perempuan ni. tapi bila aku nampak shela ridzuan. hati aku cakap. kenapa dia suka buat sanggul siput.

macammana rupa aku kalau aku pakai dress dengan kasut tumit tinggi dengan eyeliner dimata. mungkin orang akan pandang aku macammana orang akan pandang farahanum? mungkin dan mungkin aku akan mendapat sambutan bunyi tikus dari lelaki2.hmm mungkin. lagi 5 tahun aku akan cuba buat eksperimen ni. aku akan tambahkan koleksi gambar aku dengan gambar yang menunjukkan bahawa aku ni cantik hanya dengan memuncungkan mulut.dan berbulu mata rozita che wan campur ifa radziah campur ikim hassan.

buat masa sekarang aku suka macamni. aku tak perlukan sambutan hangat bunyi bunyi tikus untuk merasakan aku cantik. oh rambut aku dah panjang dah boleh buat sanggul siput famous shela ridzuan.

apa agaknya rasa cakap tak henti macam irma haji ramle?tiba2 rindu dia walaupun rasa nak sepak bila dia cakap banyak.


neutralization

i am neither happy nor sad. i am okay. i just miss u oh so much. thats all. i cry whenever i miss u so much but that doesn't mean im sad. i just miss u oh so bloody much. thats all. =)

why did u do this to me to us sayang? why? what did i do so wrong that u can break my heart into pieces? u have the guts to make me cry. u have the guts to break my heart. but i dont even have the heart to hate u.

i am neither happy nor sad. i am okay. i just miss u oh so much. thats all. i cry whenever i miss u so much but that doesn't mean im sad. i just miss u oh so bloody much. thats all. =)

Cause I wonder where you are,and I wonder what you do
Tell me how to win your heart,for I haven't got a clue

yes bila hati kita dilubangkan 1000 lubang atau dipotong pakai chainsaw atau dipotong membuat jambu pakchu. kita akan menjadi lebih jiwang. aku baru nampak the jiwang side of me dah 3 bulan baru aku tahu aku jiwang sebenarnya. alah apadahal. marilyn manson muka tepung komak makeup pelik2 lipstick hitam pun jiwang kalau tak takkan dia kawin ngan dita von teese siap ada isteri baru. lain la elton john. dia memang jiwang geng lionel richie.
aku baru found out satu game ni. nama game tu

masuk keluar hidup orang sesuka hatiii*nada cartoon doraemon bila dia sebut tajuk episode.

try la.ia mematangkan diri dan hidup anda sekalian. eh tapi utk yang main jadi kena tinggal la. yang main part tinggalkan orang tu mmg tak jadi apa.

mental


meh mak nak cerita. sekarang hari hari aku sangat sangat bosan. bosan yang memang luar biasa la. aku rasa bosan aku ni satu masalah dah bagi aku. setiap hari buat benda sama. aku rasa makcik cleaner pun seronok jugak. atleast ada jugak dia nak sapu2 sampah sambil menyanyi cindai atau baby justin bieber sambil2 jumpa hp kat parking lot boleh balik rumah show off orang kampung kayu ara dia. tapi aku tak. hari hari hari hari hari benda sama otak aku fikir benda sama setiap hari. aku nak show off apa kat orang pun aku tak tahu.

aku tanak masalah datang kat aku supaya hidup aku menjadi lebih tidak bosan sebab aku pun tengah bermasalah. tapi aku bosan dengan masalah aku. tu masalahnya. ah biar lah. bak kata pakar motivasi, dont give up. apa yang dont give up aku pun tak tahu.

kisah cinta.

lalu banyak kali pandang2.
gua buat dekkk je. padahal gua tahu. gua teruskan kerja gua mencelup tangan ke ais. memang kerja paling basah.seronok rasa macam david blaine. haa, lalu lagii. kali ni gua yang buat2 macam baru nampak. dari jauh. gua macam eehhh haiii *imagine la sendiri reaksi gua camna. dia datang ke arah gua. rambut dah pendek. gigi dah straight tak ada braces. seluar pendek. sliper. ada telefon bimbit kat tangan. time ni gua kecewa jap sebab macam ada makwe je kan? dulu gua stalk dia, dia memang ada makwe. takpe abaikan.

salam goyang2 tangan.
hai pipi. tadi jumpa iqbal kat tent lagi satu. u bila habis?
conversation terusnya biar gua simpan dalam mimpi gua.

haih mamat ni aku pernah cerita kat entry lama aku , jangan buat gua start balik kerja gua dulu. gua masih ingat nombor plat keta lu mat. gua suka gila rambut lu panjang ala2 ikal mayang norman hakim dulu2 zaman2 impression dia. dengan braces lagi. aish aishh. tapi time gua jumpa mamat ni, gua tak teruja sangat macam gua jumpa dia urbanscapes lepas sebab time gua jumpa mamat ni. hati gua dok menangis kat gonjem gua yang telah pergi membuka parut dihati terbentang luas. cuba kalau mulut kita ada ulser pastu kita letak garam. sakit dia nauzubillah kannn. haa ni hati luka2 ni pastu orang letak garam ajinomoto lada halia bawang lagi. bayangkan hati bella twilight time edward pegi membawa diri disebab kebodohan beliau tuh.

ada satu benda gua eksaited gila. mamat tu tahu gua. hahhahhahha. selama ni gua ingat dia tak tahu gua. maklumlah gua bukan perempuan tercantik dishah alam atau pun gua bukan miley cyrus. tapi dia tahu gua. hebat tak hebat. gua rasa jodoh gua memang dengan mamat ni. sebab apa, sebab gua perasan dia dari sem 2 time zaman jahiliah gua kat mais. tapi dia ada makwe. pastu gua time tu memang single whatever wannabe mingle fo shizel ma nizel la time tuh. pastu last year jumpa kat urbanscapes gua baru lepas break ngan kopi. pastu ni gua jumpa dia lagi kat urbanscapes. gua baru break ngan kr. nampak tak tuan tuan dan puan puan ibu2 bapak anak ayam mak ayam. jodoh tu? nampak?

tapi satu benda je la.gua cerita je. tapi hati gua kat tempat lain. mamat ni fb pun tak ada. nombor dia pun tak ada. bak kata kudisia kahar, mahu seribu daya tak mahu seribu dalih. gapo dio?

macam cerita korea kan?sweet bukan? aum.

aku rindu nurulfarhana, shela ridzuan.

goblok

1 2 3 4
sekarang hidup aku asyik menunggu je, benda yang aku tunggu tu aku tak tahu bila nak sampai. no aku tak menunggu orang. aku menunggu result aku, tolong miss aileen hantar email tu secepat mungkin.please. aku nak cepat. aku nak pergi. cepat pergi.

kau, kalau dah pegi blaja jauh2 jangan lupakan aku pulak. e'eh comelnya cakap macamtuuu. tak sedar pulak tu yang awak tu dah buat taik babi kat orang. comel sangat orang2 camni. rasa nak gigit sampai mampus kalau boleh. shomel sangat.


sampai hati u nak tinggal orang2 kat sini pipi?
ehhh orang2 tinggal i sesuka hati boleh pulakk.

.......... (semut jalan)


jap aku nak tanya, aku sakitkan hati kau sangat gila babi sakit ke sampai yang kau nak sakitkan hati akuu gila babi babi sakit??eh jap masalahnya aku sakitkan hati kau ke? tak aku rasa. tu semua dalam otak kau. kalau negative thinker susah la nak fikir positive sampai makan diri. jangan fikir aku macam ni aku tak ada hati. jangann fikir hati aku ni kalis peluru kalis sakit. aku manusia. kalau hati aku keras dah lama aku buat macam2 kat kau.

bestfriends takkan akan menjadi merpati sejoli kalau mmg niat diorang nak berkawan.
bestfriends akan kapel kalau niat hati mereka mmg nak bersama.
3 4 5 minggu kawan dah rapat bukan bestfriends namanya. itu tempoh cubaan mengorat.(lelaki perempuan ye dok?) aku tak tahu mana kau dapat blog aku. tapi kalau baca ni.jangan terasa. bukan untuk kau. blog aku untuk aku, bukan untuk orang.
kawan2 aku semua bangsat2 belaka tapi tak sebangsat kau. terima kasih la buat aku macam angin panas sekejap. bukan selalu aku rasa angin panas ni. seronok rasanya. rasa macam tido dalam aircond tapi aircond rosak.





goblok. takpe aku sayang kau lagi. aku goblok ke kau sebenarnya sekarang? aku rasanya. eh tapi kau goblok kuasa 70ribusepuluhtahunpuntakhabiskuasatuh.