selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, isnin, selasa
setiap hari aku berbuka dengan orang yang berlainan. kumpulan yang berlainann.
aku baru sedar aku ada banyak kawan dicelah2 dunia ni. haha.
dan aku tak larat buka luar dah.
serious tak larat. aku rindu buka rumah.
haishhhh. duit habis kat buka jaaaa. haish haish cannot beeee.
tapi this year puasa puasa seronok
player tak player everyday buka luar ngan orang2 berlainan.
player kannnn???? apadehal apadehal.
harapan punah
tapi tak bermaksud aku give up. aku tak pernah give up utk dapatkan apa aku nak. aku give up kat matematik je sbb aku benci. addmath pun aku give. aku belum try aku dah give up sebab apa? sebab matematik aku benci. apakannnn addmathh. kannnn? haaaa gituuuu.
aku tahu sekarang masa akuu kat bawah. masalah datang satu persatu. tak berhenti. halangan datang satu persatu tak henti. akhir bulan aku nak settlekan saman. aku perlu settlekan.
jangan give up untuk dapatkan apa kita nak dalam hidup. aku slalu percaya aku boleh berjaya.
aku kena percaya untuk kejar benda yang aku nak. kalau tak percaya camna kita nak kejar kan?
aku slalu cakap yang lepas biarkan lepas jangan ingat2kan lagi. tapi aku masih ingtkan khalid rahman. camna tuh? ah dia tuhh habuk je. lama2 aku tiup dia pergi la. tapi hari ni..............
satu hari suntuk aku sedih.
there goes UK.
rindunya.
'pi, kau ni kuat tapi bila kau sayang orang tuh kau lemah. kau jangan jadikan hidup kau lemah sebab seorang pi. aku tahu kau kuat'
aku senyumm je.
kalau kita tak kecewa,kita tak sakit. kita tak sedar. kita tak matang. kita tak kuat. kalau kita asyik gembira senang happy. gedik santai manja taik kucing la jawabnya.
benda paling aku benci sekali. bila aku dapat msg atau call dari mo, suruh amik dia kat lrt,
bencinyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. bye.
satu hari dihari raya.
aku ada kelemahan. kelemahan yang tidak mungkin semua orang ada.
aku boleh pergi tempat tinggi. aku boleh pegang lipas kalau dia dah mati. aku mungkin akan cuba lompat bangunan kalau lompat tak akan mati. aku boleh bawak kereta dengan menutup mata kalau tak ada kereta lain di atas jalan. aku boleh cuba untuk pacak pakai basikal aku. aku boleh cuba untuk berdoa bila traffic jam kereta aku terbang dan banyak lagi lah.
tapiii...............
aku terkejut bila toaster aku bunyi. serious aku tak tahu macam mana nak overcome. setiap kali roti aku habis bakar. aku mesti melatah dan memaki hamun. tapi dalam bulan puasa ni tak ada la aku melatah maki hamun sebab aku tak bakar roti. aku tak melakukan aktiviti makan di tengahari dan pagi mahupun sahur.
aku ada kekuatan.
tu yang aku tak tahu.
oh aku tahu, aku tido 6 jam dalam 4 hari. terer tak terer.
tererrrr nokkk
i want something to come true.
12/08/10.
i am officially off the hook.
4 months gone just like that.
i couldn't care less now. not that i dont care.
but it hurts so bad. it turns out to be something
that really2 annoys u. get it?
kr carved in the heart. it will fade away one day. sedang.
mo is so right.
' i thought u were cool, but u are just immature '
-mo
goodbye.
10/08
'walaupun aku jauh pi, aku tahu la cerita kau.aku tahu apa jadi kat sini la. aku tahu cerita kau, kau je tatau cerita aku. aku ada sumber aku, kau macam tak tahu plak siapa kan. haha. kau rileks je la pi. kalau aku jadi kau. aku tunjuk kat dia aku lagi hebat. aku nak dia menyesal tinggal aku. baru dia tahuuu haaa. takpe pi. selalu orang macam tu akan kena balik. kau tunggu je lah. either dia dapat orang yang tak betul yang dia tak boleh handle ataupun orang tu buat dia balik macm dia buat kat kau. dia kena dari segi mental atau fizikal*siap buat gaya* tuhan sentiasa ada. kau takyah la nak sedih2.
sabar je pi. setiap kali kita doa. peluang kita akan bukak sikit2. kau mesti pegi Uk kalau ada rezeki. bukan tak ada rezeki tu benda tak bagus tapi ada benda lain yang bagus masuk.'
- F. 10/8/2010. chillis.
****
one thing, aku tak percaya karma sangat. tapi semua cakap karma akan datang. aku tak tahu la in the future apa jadi kan. tapi aku tahu sekarang aku dah kurang fikir.
ayat2 ni selalu rewind kat otak aku.
kau mesti pegi Uk kalau ada rezeki. bukan tak ada rezeki tu benda tak bagus tapi ada benda lain yang bagus masuk.
thanks F. kau bukak otak aku.
selamat puasa.
twilight
aku bangun2 aku tgk bantal aku darah.
baju kaftan aku darah.
aku dah cuak gila apahal darah.
mana datang darah. ada orang buat guna2 kat aku ke
aku dah cuak gila dah
aku bangun terus tengok cermin tengok apa yang darah.
cis rupanya piercing aku darah. telinga aku mmg slalu buat hal tempat pierce tu.
ntah la kenapa. dulu2 okay je sejak2 ni dia asyik sakit darah dan sakit dan sakit setiap hari.
tapi aku buat tak tahu je. nanti okay ah tuh. dah lama dah aku cakap camni. tapi tak okay pun.
ah abaikan. takleh manja sangat telinga ni. gedik lebih.
ah mati2 aku ingat edward cullen gigit aku. demmit!
panas pagi2 buta.
jam laptop menunjukkan pukul 7.07 am.
jam tangan titus menunjukkan pukul 6.05 am
jam casio rm20 menunjukkan pukul 6.15 am
jam dinding bilik menunjukkan pukul berapa aku tatau sebab aku duduk dalam gelap
nanti pn norsham ke en rosli bangun tengok lampu bilik aku bukak lagi diorang bising.
tapi yang pasti jam dinding mesti menunjukkan antara pukul 6.08 - 6.15 am..
ah panas panas.
aku memang tak puas hati dah lama dah.
dari dulu mmg aku tak puas hati.
panas panas.
setiap kali aku nak buat kerja je mesti dia buat hal.
kerja deadline esok. malam ni dia nak buat hal.
kalau kau, aku boleh sepak laju2 mmg dah buat dah.
kau ni photoshop mmg suka buat hal. memang. laptop ni pun suka buat hal sejak2 ni dah kenapa.
ah menyirap la gua kalau setiap sem kena kuar duit pegi bawak gi klinik.
tapi sekarang tak ada sem. tapi aku ada kerja.
baik aku pakai duit untuk bayar saman dari aku betulkan kau yang mmg kalau betulkan 40 kali pun masih akan berkelakuan sebegini.
aku nak save kerja memakan masa selama 20 minit. ah aku boleh naik basikal pegi bukit main2 pusing2 berangan jadi kaya makan laici banyak2 pun kau tak habis save lagi.
cis kau photoshop. asyik not responding je. balik kaampunglah!!
pathetic II
dah 3 minggu aku bagi jawapan yang sama dekat orang2 yang tanya aku
bila nak convert maxis balik.
jawapan selama 3 minggu : sabar jap, minggu depan aku convert. sabar jap.
sampaikan aku bertanya pada diri aku bila nak convert maxis balik pun. aku jawab benda yang sama kat diri aku.
entah lah. aku rasa macam nak tunggu lagi.
hmm mungkin aku masih ada perasaan nak tunggu? mungkin aku masih menunggu tapi tidak berharap. mungkin aku berharap atas benda yang memang aku tahu tidak mungkin akan terjadi?mungkin mungkin
tapi perlu ke aku tunggu?
ah apa beza aku tunggu ke tidak. tak ada beza.
eh tapi kalau ada orang yang aku berkenan pakai maxis confirm aku convert balik to maxis.
tapi masalahnya. KALAU ada. masalahnya MEMANG tak ada.
tak suka , suka.
benda paling aku tak mahu dengar atau pun tak suka dengar ataupun takut nak dengar ialah.
'eh ugly betty'
dari mulut budak berumur dalam lingkungan 5-12.
rasa macam kemurungan diri selama satu jam.
benda paling aku mahu dengar ataupun suka nak dengar ataupun tak takut nak dengar ialah.
'senang cerita kau macam zooey deschanel lah'
okay siapa yang cakap tu akan mendapat hadiah peti sejuk samsung selama setahun berganda2.
ah tak rindu langsung kat orang melaka belajar uitm shah alam yang dah ada kekasih baru.
okay tipu tak rindu.
nek wan
aku keluar dengan kawan aku. nama tak perlu disebut. mengaibkan.
selalu kalau pergi ambik dia keluar. mesti kena masuk rumah dia sebab dia bersiap 1 setengah jam. mandi setengah jam. lagi satu jam tu.
pilih baju.
make up.
blow rambut.
straightened rambut.
tukar purse
tukar handbag.
nak bawak perfume apa harini.
aku dengan family dia semua dah kenal. mak bapak nenek makcik adik kakak kucing segala benda la aku kenal.
masa tunggu dia. aku lepak ruang tamu dia. nenek dia ada. aku banyak kali jumpa nenek dia. makan rumah nenek dia. selalu pergi rumah nenek dia. nenek dia buat kuih gula perang sedap. gula perang ke? ah asalkan sedap.
aku rasa pelik pulak kalau tak bercakap. jadi aku mulakan conversation. aku panggil nk wan
nek wan, apa khabar.
ah sihat je nih. kaki je bengkak2 ni.
nenek bila sampai kl?
oh baru semalam ni nenek sampai. nenek jumpa kawan2 nenek dekat kl ni
(nenek ni adalah satu nenek yang ramai kawan tak macam mami bon)
oh rajin nenek jalan2 kl ni. shopping ke?
tade lah shopping pun *ketawa sengih2 gigi palsu gold kelihatan*
jalan2 rumah kawan melawat je.lama tak jumpa.
ohh. nenek berapa hari kat sini?
seminggu je. nenek tak boleh lama. kena bagi ayam makan nanti mampoih pulak ayam2 tuh
oh ye lah. sape je yang bagi ayam2 tu makan sekarang?
kawan aku pun turun dah siap. tak sempat nenek nak jawab soalan cepumas aku tuh.
aku pun salam la nenek nak keluar.
okay nek wan. saya pergi dulu ye.
lah tak minum punn.
eh takpelah.
okay baik baik jalan tuh. seronok sembang ngan kamu, nurul.
Nurul? siapakah nurul?
nek wan peminat akademi fantasi, mungkin nek wan ingat aku nurul akademi fantasia. mungkin mungkin.
benda yang boleh meng'okay'kan diri? ya ka benda tu? ya ka?
nazrim ngan aku.
' ada satu benda ja yang boleh buat aku okay pi, benda tu ialah myra'
aku takleh nak kata apa ngan nazrim sebab benda tu ja yang boleh buat dia okay. buat dia lively balik buat dia rasa seronok balik. myra. aku tak boleh nak kata apa sebab
3 bulan lepas. aku bercakap dengan pipi rosli
' benda yang boleh buat aku okay. ialah kr'
tapi tu 3 bulan lepas.
aku tak tahu mungkin benda yang aku nak tu akan menjadi benda yang akan aku jauhi. aku tak tahu. mungkin benda yang aku nak tu. tuhan bagi kepada aku balik. mungkin mungkin. walaupun orang buat kita sakit. jangan simpan. tak ada guna simpan, buat hati rosak. buat hati busuk. buat hati tak tenang. kenapa nak kena sakitkan hati sendiri dengan menyimpan benda2 yang tak perlu disimpan. biar orang buat kita. dia yang dosa. kita tak payah la nak dosa nak balas dendam atau menyimpan segala dendam. kannnn? ah gitu. tadi aku bukak mtv keluar lagu end of the road boys to men. sangat terasa okay kamu buat lagu tu.perli i ke boys to men?
tapi kan tapi kan. kalau aku jadi hantu. confirm aku kacau KR. confirm!
*eh berbaurkan dendam je nih?haha
Subscribe to:
Posts (Atom)